Quantcast
Channel: Selamat Datang Ke Daerah Membakut
Viewing all 25 articles
Browse latest View live

PILIHLAH DENGAN BIJAK

$
0
0
Jikalau pilihanraya yang dulu-dulu, satu lawan satu. Namun pilihanraya kali ini DUN Membakut dimeriahkan dengan perlawanan 4 penjuru. Wah.. pasti pengundi Membakut puas membuat pilihan.

Tapi penulis pening nak pilih... SAPP ngan Sabahan for Sabahan (ceh ingat plak penulis dengan proganda jepun semasa nak jajah negara-negara sekitar asia), STAR ngan Tukar.. Ini kali la.... errrmmm tidak tau apa yang ini kalinya... PKR terlampau banyak plak janjinya ... ehhh bukan janji bah drg bilang tapi manifesto saja bah.


Ehhh susah-susah  undi jer la Calon Barisan Nasional Datuk Haji Mohd Arifin yang mana prestasinya boleh kita lihat dengan mata kepala sendiri. Dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi, ditambah dengan sikap rendah diri beliau, penulis melihat tiada sebab bah untuk tidak memilih beliau buat sekalian kalinya. Maka dapatlah beliau meneruskan wawasan beliau di dalam membangunkan DUN Membakut dari segi ekonomi dan sosial. Cantik benar slogan membangun dengan ilmu yang mana selalu dilaungkan oleh beliau selama berkhidmat menjadi wakil rakyat di Membakut. Yalah klau daerah membangun tapi masyarakatnya tidak berilmu macam ndak syok la plak...jadi negara maju masyarakat mundur.... ehhh ndak selari tu...

Mungkin Datuk Haji Mohd Arifin bukanlah seorang yang sempurna.. ini kerana beliau juga adalah manusia biasa, namun penulis melihat beliau sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik di dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau. Ini juga terbukti dengan keterbukaan beliau di dalam menghadapi teguran dan kritikan yang diberikan kepada beliau. Amat merugikan jika pemimpin seperti ini kita lepaskan. Bah jan lupa ehhh 5 hb nanti undi saja tah kadidia....




---
#Sembang kosong
Perbualan di kedai kopi antara dua sahabat
A: bro pilihanraya nanti baik kita undi Dtk Arifin...
B: ehhh ndak mau la aku undi dia tu...
A: lah ngapa jua kan... baik jua dtk atu.. selalu turun padang jumpa rakyat.. baca khutbah, jadi  imam.. bukankah itul adalah pemimping yg baik?
B: ceh baik apa.. ndak pernah di baginya aku projek.. org² nya saja yg dpt.
A: astaga kau ani rupanya menyamal ndak dpt projek... jgn tah ko pikirkan atu bah bukan projek tu saja bah punca rezeki, byk lagi punca yang di sediakan oleh Allah S.W.T kepada kita. Mungkin projek-projek ani bukan la punca rezekimu tetapi di tampat lain. Lagipun ku liat kau ani mun dapat projek kau jual jua aya org lain. Lepas tu mun ada ko buat pun mcm ndak tantu2 buatannya patut tah kali ko ndak kana bari...
B: .... (bayar kopinya terus jalan...)

PELANCARAN LAMAN WEB P.176 KIMANIS

$
0
0


Penulis taknak cakap banyak dalam entri ni... tapikan kalau korang nak tau laman web P.176 Kimanis baru dilancarkan dengan rasminya.. Jadi apa kamu tunggu lagi.. pigi lawat.. klik jer link yang disertakan http://p176kimanis.com/

"SAVE KEDAH"

$
0
0

Barisan Nasional Kedah komited mendekati rakyat secara ofensif bagi memastikan misi "Save Kedah" direalisasikan pada PRU-13 ini. 5 tahun pentadbiran Kerajaan PR di Kedah gagal memberikan apa-apa impak namun dibebani dengan pelbagai masalah umpamanya isu KUIN, pembalakan kawasan hutan simpan, kenaikan tarif air dan kesukaran rakyat bumiputera menembusi tender projek.

Saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah ketika ini sedang berdepan dengan masalah persefahaman dan pertelagahan kronik berkenaan pertindihan tuntutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan, bukan sekadar berlaku perbalahan dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3 penjuru antara PAS v DAP v PKR.

PAS Kedah Bergolak

Umum sudah maklum tentang konflik berpanjangan antara MB Kedah, Ustaz Azizan dan Timbalan Pesuruhajaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi. Menghampiri PRU-13, puak-puak penyokong dilihat melobi untuk memastikan pengaruh mereka masih kuat dan difahamkan untuk 'menjatuhkan' Ustaz Azizan yang tetap bertegas untuk bertanding. Dikhabarkan ketika ini, pelobian pengaruh antara puak penyokong kedua-dua tokoh meruncing di beberapa kawasan DUN umpamanya di Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur dan beberapa DUN di Alor Setar dan Kuala Kedah. Perkembangan semasa ini pasti meningkatkan kebarangkalian berlakunya sabotaj dan protes sesama ahli PAS di Kedah.

PKR, DAP Tunjuk Hebat

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan lagak kebiasaannya mengumumkan calon kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai adalah milik wakil PKR. Pengumuman ini mendapat reaksi negatif dari Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik bahawa calon-calon dari PKR adalah tidak sah. Ini kerana kedua-dua kerusi tersebut dituntut keras oleh DAP Kedah. Begitu juga, di DUN Derga, Gurun, Bakar Arang dan Lunas, dikatakan sesama PKR dan DAP bertindih tuntutan. Akibatnya, DAP dengan lantang menyatakan tidak akan teragak-agak untuk meletakkan calon mereka dan bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru antara DAP-PKR-BN.

PKR Buat Masalah Lagi

Jentera PAS dan DAP di Kedah sudah 'lali' dengan kelemahan jentera PKR Kedah. Secara asasnya, PKR Kedah tidak banyak membantu pentadbiran PAS dan dianggap oleh pihak akar umbi sebagai lemah dalam aspek jentera pilihanrayanya. Namun, di sebalik kelemahan PKR ini, dalam bab mengumumkan calon dan merebut kerusi di Kedah, kelompok mereka adalah yang terawal. Pada ketika, DAP Kedah masih menunggu kata putus pimpinan tertinggi, begitu juga kenyataan MB Kedah bahawa calon PAS hanya diumumkan selepas Dewan Rakyat bubar, datang Anwar Ibrahim dengan yakin melaungkan nama-nama calon PKR pada kerusi yang menjadi rebutan.Tidak cukup dengan penyebaran di media maya tentang pergaduhan antara penyokong calon PAS dan PKR di kawasan Alor Semadom.

Kemelut meruncing yang berlaku sesama kelompok PR Kedah seharusnya dijadikan iktibar rakyat 1Malaysia, terutamanya di Kedah. Rakyat wajar menilai ;

1) Apa makna 'Kerajaan Pakatan' ini? Heboh menjaja betapa kuatnya 'kesepakatan' mereka namun isu pertelagahan melibatkan pertindihan kerusi dan 'menjatuh-melobi' pengaruh cukup kritikal membelenggu 'pakatan' mereka. Padanlah 5 tahun pentadbiran berdepan pelbagai isu, hendak membahagi kerusi pun cukup lemah.

2) Kenapa teruja mereka berebut? Masing-masing sedang selesa dengan pengaruh dan mahu bertaruh kuasa serta menunjuk kehebatan sesama mereka. Akibatnya, lebih elok berbalah. Rakyat sekalian, kelompok sebegini yang sedang alpa dalam kuasa seeloknya diberikan pengajaran.

Sahabat di Kedah,
- 5 tahun tempoh panjang sudah melalaikan pimpinan dan jentera PR Kedah di pundak kuasa dan pengaruh.

- 5 tahun tempoh panjang sudah mematangkan rakyat penduduk Kedah melakukan penilaian sebaik-baiknya.

- 5 tahun mendatang, demi masa hadapan pada sebuah negeri berpotensi tinggi, pimpinan BN semestinya Pilihan Rakyat Kedah.

- Dedikasi buat PR Kedah, Terima Kasih kerana 'konflik kalian' membantu menjayakan Misi "Save Kedah" !

Oleh:hulubalangKANAN



BELIA KAMPUNG MADANG PIMPING BERTEKAD MEMBERI SOKONGAN KEPADA CALON BARISAN NASIONAL

$
0
0

Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Kg. Madang Pimping kini begitu bersemangat di dalam membuat kerja - kerja pemasangan poster dan bendera kempen. Jentera yang mana dianggotai oleh golongan belia dan beliawanis Kampung Madang itu telah menanamkan tekad untuk memberi sokongan penuh kepada Parti Barisan Nasional. Mereka berpendapat bahawa bukan sahaja Barisan Nasional adalah sebuah parti yang benar - benar memperjuangkan nasib rakyat, malahan calonnya iaitu Datuk Seri Anifah Haji Aman dan Datuk Haji Mohd Arifin Arif telah menjalankan tugas yang cemerlang sebagai wakil rakyat Parlimen P.176 Kimanis dan DUN N.24 Membakut. Ini adalah berbeza dengan parti pembangkang yang mana hanya akan muncul apabila menjelangnya musim pilihanraya. 

BELUM APA - APA DAH NAK ROMPAK DUIT RAKYAT...

$
0
0

Kata nak bela nadib rakyat... tapi belum apa - apa lagi dah  nak ambik kesempatan terhadap rakyat. Dengan menyalahgunakan oetikan dari ayat suci Al - Quran, seperti biasa PAS memang arif di dalam memesongkan pemikiran rakyat. Dengan bersandarkan satu perjuangan palsu yang kononnya memperjuangkan agama Allah namun pada masa yang sama bersekongkol dengan puak-puak yang menentang agama Islam.

Viewing all 25 articles
Browse latest View live